looking for something?

Saturday, March 5, 2011

kadang kala, si RAMBOT.

Kadang kala,

kadang kala, RAMBOT sering berbicara tentang, cara dia berfikir. betapa terbukanya dia. modennya dia. wow. orang ini salah, orang itu salah. sering kali menuding jari. tapi..

sedar tak wahai RAMBOT,

Kau tidak pernah lihat kelemahan di dalam diri kau. sudah tidak terlihat, tidak mahu mengubah. Kau tidak pernah mengendah cara mereka melayan engkau. malah, terfikirkah engkau tentang masa depan engkau. setiap kali, engkau memerlukan seseorang. bantuan mereka adalah segalanya untuk kau wahai RAMBOT. ingatlah, satu hari nanti, tiba juga masanya dimana engkau perlu berdiri di atas kaki sendiri. namun, kukuhkah kaki mu itu? hanya mengharapkan sokongan daripada manusia yang engkau katakan kawan.

kawan atau MAINAN?.

belajarlah berdikari. fikirkanlah masa depan mu itu. KAU KATA CARA KAU BETUL DAN MEMBUAHKAN HASIL. TAPI, MANA USAHAMU? :) Ingatlah RAMBOT, kadang kala, bila kita dipandang hina, ia adalah petunjuk yang kita telah tersasar daripada landasan yang betul.cerminlah dirimu, carilah kelemahanmu, dan cuba untuk melangkauinya. ia bukan bermaksud mereka menghina kerana kau berbeza, tapi, ENGKAU SUDAH TERSILAP DALAM MENGORAK LANGKAHMU. Ingatlah pada yang Satu. lakukanlah apa yang disuruh. elakkanlah apa yang dilarang dan dilaknati. Moga hidup kau, diterangi sinarNya.

aku tidak sehebat mana untuk berbicara, tapi, aku tahu asas asas kehidupan kita sebagai muslim. aku juga punyai kelemahan. namun, tiap hari ku mencuba, mengatasi kelemahan itu. tidak sekarang, habis bila?




p/s: karutan buat Rambot. Cermin sahaja yang boleh menjadi teman baik kau. :)


1 comment:

Encik Fahmi Zaini said...

comment di post ini tidak akan dilayan. hanya bual bicara hati. :)